I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 31, 2010

~tahun baru 2011~

Assalamualaikum,..

  Erm...x lme lgi dh nk skolah balik.Nk kate hepi..x hepi sgt..nk kte sdey pun x sdey sgt..So,x de perasaan je nk skul balik nie.Tapi yang pling penting nak jumpa sangat kawan-kawan.Urmm,rindu kamu semua.Pas 2.rndu jgak nk pkai baju skolah.Tapi ade jgak yang x best..Ape ek??? x tau r nak bgtau ape.. Hehehe..

 Satu hal lagi yang membuatkan diriku terkejut ialah bila memikirkan yang tahun depan nie dah naik FORM 4. Oh no!!! that's mean saya dah besar.Ye kew nie? Rse cam bru msuk skolah mnengah.Hehe..(perasannyerla).

Erm,tahun baru pun dah nak masuk..Ape agaknye azam tuk tahun dpan ni ea? Mne bleh bgtau..Tp,harap2 tahun depan lebih baik dan lebih bermakna daripada tahun nie..Insya-Allah..Erm, that's all utk kali ni.
                                                           ~WeLcOmE 2011~ WeLcOmE FoRm 4 ~

Thursday, December 30, 2010

~ xde keje ~ :)

Aku minta kepada tuhan..
setangkai bunga segar...
Dia beri kaktus berduri..

Aku minta kupu2..
Diberi ulat berbulu..


Aku sedih dan kecewa...
Namun, kaktus itu berbunga indah sekali..
Dan ulat itu menjadi kupu2 yang cantik..

Itulah jalan Ilahi..
Indah pada jalannya..

ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan..
tetapi DIA memberi apa yang kita perlukan..

Kadangkala kita kecewa, sedih dan terluka..
Tapi jauh di atas segalanya..
DIA sedang mengatur yang baik dalam kehidupan kita..


Sebutir air mata jatuh kerana keinsafan,seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara di lautan..
Sesaat bersedih kerana redha Allah adalah berjuta kali lebih mulia daripada seharian bersedih kerana cinta dunia..
Sejernih wajah kerana wudhuk yang sempurna lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata..
Sesuci hati kerana cinta abadi,itulah hakikat cinta ABADI..

Monday, December 27, 2010

My best friend forever :)

Haaaa... ni dye kwan baek sye.Nme dye NURUL SYAFIQAH BT MOHD. Dia mmg baek.Baek sangat.Sentiasa bersama tak kira susah atau senang. Disebabkan kami terlalu rapat ramai yang menganggap kami kembar,adik beradik.Tp byk jugak persamaan antaranya, nama, muka??? x taula.. Ape lg ek?? Haaa... kami pun ade bju yg sme..mmg x sangka sgt... hehehe...

 For u my fwen...

Sahabat,
Terima kasih kerana sudi jadi sahabatku,
Sahabat,
Maafkanku andai aku menyakitkan hatimu,
Sahabat,
Terima kasih untuk segalanya..
Kau yang sanggup bersamaku ketika susah atau senang,
Sahabat,
Tegurlah daku andai daku tersesat dan lalai..
Kerana daku hanyalah manusia biasa yang lemah..

~ukhuwah fillah~  ~don't 4get me~  ~best friend 4eva~

 Luv u my friend :)

Friday, December 24, 2010

Tanda ingatanku untuk teman-teman...
Terimalah tanda ingatan yang tak seberapa ini..
Hanya ini yang mampu lakukan ...
Ingatku dalam doamu...

Wednesday, December 15, 2010

3 Al ~ KiNdi (2010)

Assalamualaikum...

   Kali ini saya nak bercerita pasal klas saya yang tcinta.Kapten klas kami ialah Bukhari Bin Abdullah n Penolongnya plak ialah Nur Syafiqah Syahrain Bt. Mohd Shafawi.Honestly, Piqah mmg assistant yg tbaek yg pnah sy jmpe.Dia mmg tegas tp baek gilerrr.Mmg best jd kwn dye.Tp, Bu pun ape krgnye slalu bwat keje yg cg. bg dgn baek.

  Erm, mcam2 jd thun nie.Ade sdih,ade gmbire.Ade suka n ade duka.Tp yg paling sedih ialah bila our beloved form teacher,Tc Sha'anorlida ditukarkan kat skul laen.Dah 2 thun Teacher Sha'a jd form tc kte org.Tp nk bwat macam mne dah terpaksa.Ayat yg plg saya ingat yang teacher pernah bagitau.. IF YOU CAN'T AVOID IT, ENJOY IT. Ayat ni memang saya ingat selalu.Tq so much 'ummi' atas dorongan dan sokongan  ummi kat kami..Love u ummi.Pada masa yang sama,Cg. BM,Cg.Zuhairi pun tpaksa bertukar jgak.Terima kasih ayahanda.Jasamu kami ingat selalu.Kami sedih sangat-sangat masa ni.Tapi hidup terpaksa diteruskan.

  Lepas tu,Cg. Aminy plak yg ganti Tc Sha'a sebagai form teacher n  ganti Cg. Zuhairi  untuk mengajar BM.Erm,dah 3 tahun berturut-turut Cg. Aminy mengajar kami.Terima kasih banyak-banyak cikgu.

my beloved teachers~

BM~ Cg.Zuhairi/Cg. Aminy
MATH~Tc. Sha'anorlida/Tc. W. Saidatul Asma
PAI~ Ust. Tg. Aziz
KH~Cg. Azmawahida/Cg. Tg. Mazlan
SJ~ Cg. Azman
GEO~Sir Shamsudin
SN~ Cg. Paridah

my classmates,

~BUKHARI ~SHUKRI~HAZAMRI~HAKIM~MAHYUDIN~HANIF~HAKIMI~FADZRIL~DANIAL
~NURHAZIQ~SYEDASYRAF~ASYRAF~HANAFI~PIQAH~SAEMATUL~NAJWA~AININ~SHAHIRA
~AMY~SALWA~SYAZA~SYUHADA~SYAFIQAH~SABARINA~ANIS~ASYIQIN~NURIN~FATIHAH~

    Kepada semua kawan-kawan,anda semua akan selalu saya ingati dan tak mungkin saya lupakan anda semua.Luv u all.

Kawan-kawanku,

Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan ketabahan,
Ketabahan memerlukan keyakinan,
Keyakinan pula akan menentukan kejayaaan,
Kejayaan pula akan menentukan,
Kebahagiaan....


Teruskan perjuangan kita.... Ukhuwah Fillah...

Sunday, December 12, 2010

WAHAI HATI

Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai
Orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai
Orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan
Oleh-Mu kepadaku,
Maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah
Kerana-Mu,
Dan campakkanlah dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu.


Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan kepadaku.


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.


Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.


Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu.


Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah,
Jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-Mu.


Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu


Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
Janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.


Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Wednesday, December 8, 2010

HIKMAT 7 AYAT


HIKMAT 7 AYAT

Menurut tafsir Hanafi, barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak  buih-buih laut.
 
 1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 

 2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 
 
 3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak  patut.

 4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari  esok.
 
 5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi  sesuatu tak disukai dan tak diingini. 

 6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 

 7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari 
    lidahnya. 
 
      Mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat  mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan  jadi  bisa, kerana sudah biasa.

19 Keistimewaan Wanita Mengikut Hadis

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis


 1.     Doa  wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat  daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
 
2.     Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
 
3.     Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
 
4.     Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
 
5.     Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
 
6.     Syurga  itu di bawah telapak kaki ibu.
 
7.     Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah  syurga.
 
8.     Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
 
9.     Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya  lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
 
10.     Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah  pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun  pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
 
11.     Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
 
12.     Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW  "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
 
13.     Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
 
14.     Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
 
15.     Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
 
16.     Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
 
17.     Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
 
18.     Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
 
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.