Assalamualaikum w.b.t,
Hari ini dah masuk hari ketiga persekolahan untuk tahun 2011.Semalam, x sempat nk post.Bukan sibuk sangat pun,tapi malas skit.Hehe.Tapi yang ni untuk first day jela.Best skit,semangat baru,azam baru n tahun barulah katakan.
Sebelum tidur,pada malam tu,saya kunci jam pukul 5.30pagi.Tengah lena dibuai mimpi,tiba2 saya tdengar bunyi.Erm, tak lain dan tak bukan mesti bunyi jam.Kataku dalam hati,kacau je jam nie.Orang tengah best2 mimpi,dye plak yg bunyi.Tanpa melengahkan masa,saya bangun dan terus ke bilk air.Fuh,dah lama saya tak bangun awal macam ni,lain pulak rasenye.Tapi,entah kenapa rase semangat je nak pergi sekolah semalam.Rasenye,dah bangun awal,tapi kena marah jugak oleh ibuku yang tercinta nie.Kenapa? Lambat siapla..ape lagi..Rase macam nak terbang je semalam sebelum pergi sekolah,sampaikan sarapan pun kat depan pintu.Takut van datang,tak perasan.Hihi..Nanti tak pasal-pasal pulak kena tinggal first day nie.Lebih kurang pukul 6.30 ayah su datang.Urm,sambil nak masuk van tengok jugak kot-kot ade budak baru lam van nie..Erm,ade jugakla budak baru dalam van tu sebab form5 tahun lepas ramai.Dalam pukul 7pagi saya sampai kat sekolah.Erm,biasanya xde orang manepun masa ni,tapi semalam ramai orang dah datang..Maybe first day kot,semangat baru,datang awal kat sekolah..hehe..
Pagi semalam,ade assembly kat dewan.Biasenye,cikgu bagi duduk atas kerusi.Tapi,malangnya kena berdiri.Terpaksalah berdiri dalam keadaan crowded dan panas macam tu.Sebenarnye,kesian sangat kat adik2 form1 yang baru masuk tu.Sabar jelah adik ye.Erm,lame giler assembly pagi semalam..Sampaikan macam2 jadi kat dewan tu.Ade yang muntah,pengsan n sebagainya.Kesiannyer kat dye orang.Kakiku pun,rase macam nak patah je.Memang dah biase pun macam tu.Lepas habis assembly,ade pulak sesi penggambaran kat luar dewan.Lepas tu,masuk kelasla..x sabar-sabar nak menikmati kelas baru tu.Dalam kelas,bermulalah sesi sembang-menyembang nie.Al-maklumlah,lama tak jumpa katakan.'Peluru' pun banyak,nak kena mengenalah katakan.Tapi,malangnya, kebanyakannya,saya jugak yang kena.Urm,nasiblah.Tapi,sabar jela.Tapi,ade jugak saya yang kenakan kawan-kawan saya nie.Contohnya,gelaran yang famous dalam gang nie ialah 'shindong' 'thuraisingam'n ' jugah'..hehe..nak tau dapat dari mana nama tu? Cari sendirila.Sembang punya sembang,sampai sakit perut duk gelak.Tiba-tiba,,,cikgu fizik pun datang,serta-merta kami semua diam.Nak tahu kenapa? Cikgu tu adalah cikgu baru,so,kami pun tak tau lagi macam mana.Cikgu pun buat mukadimah pasal physics nie,takut jugakla sebab cikgu tanya sorang-sorang.Saya cuma menundukkan muka..Haha..Jahatkan..
Buat julung kalinya,ada pelajar yang bukan beragama Islam dekat sekolah kami.Tapi,pelajar form1 la.Terkejut jugak bila dapat tau yang ada pelajar india dekat sekolah kami.Tapi,SATU MALAYSIA katakan.Tak terkejut sangatla.
Hari pertama cikgu dah adakan mesyuarat untuk kelab/persatuan,unit beruniform.Cikgu cakap boleh tukar yang baru.So,kiteorang satu gang bincangla nak pilih apa.Tapi,sume macam tak best je.Mula-mula saya yang cadangkan untuk pilih kelab fotografi memandangkan saya suka snap gambar.Hihi.Selfish kan saya nie? Tapi,bile masuk dekat tempat meeting tu,sume orang dah ada kat dalam.Fuh,malu.Pas tu,saya pun ternampak tulisan kat whiteboard yang cikgu tulis syarat untuk kelab ni ialah setiap orang mesti ada satu kamera.So,saya bagitaula kat kawan-kawan.Pas tu,ade la poblem skit.Lastly,carila pulak kelab lain.Tapi untuk tahun nie sume macam tak best je.Hehe.Pepandai je saya nie.Sebenarnya,ingat nak masuk kelab ERT tapi,dah tak ade tuk taon nie.Kalau ade,dapat masak-masak.Hehe.Pilih punya pilih kami sepakat untuk ke kelab pusat sumber.Sebelum masuk,check dulu kat lam library tu,kot-kot sume librarian yang masuk.Pastu,cikgu cakap 'orang biase' boleh je nak masuk.So,masuk jela.Tapi,yang sedihnya,kami sekumpulan je yang pelajar biasa,bukan librarian.Lepas habis meeting tu,cikgu cakap kami boleh jadi librarian secara automatik tanpa interview.Urm,best jugak cam ni sebab memandangkan kami ahli kelab pusat sumber.Hehe.Dapatla jugak kami menambah markah kokurikulum skit.
Pastu,kami pun pergi ke tempat mesyuarat untuk unit beruniform.Saya dan Syafiqah ke kadet BOMba.Haha.Ingatkan,dah tak nak jadi bomba taon nie,tapi takut cikgu marah.Hehe.Biarjela bomba pun bomba lah.Lepas kami habis meeting,dah boleh balik.Erm..taklah,sembahyang dulu baru boleh balik.Hehe.
Erm,macam tulah lebih kurang hari pertama persekolahan 2011.Penat sangat hari tu.Balik rumah,makan n tido.Hehe.Sekarang dah naik tingakatan empat.Dah naik menengah atasn dah besar.Hehe..Kena sedar dirilah skit.tak boleh jadi cam budak-budak lagi.Hihi.Oklah,setakat ni saja.Mata pun dak nak tertutup nie.Esok nak sekolah lagi.Bangun lewat pulak kan.Hehe.Oklah.Selamat bersekolah tuk kawan-kawan.
Assalamualaikum...
p/s: tahniah tuk Syafiqah,sebab dapat dua jawatan hari tu.Jangan lupa,kalau cikgu nak buat sijil,letak nama saya k.Bukan nama awk.Hehe..Gurau je... :)
Panorama sekolahku.I LUV SMKDRI. :)
No comments:
Post a Comment